
Tak boleh balik awal ya!
Sesi persekolahan sepanjang bulan puasa pada tahun ini adalah sama seperti bulan Ramadan sebelum ini.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Beliau meminta pihak berkenaan merujuk dan mematuhi garis panduan sedia ada sebelum ini.
Beliau berseloroh, balik awal bukannya boleh berbuka awal pun!
Garis panduan adalah sama seperti sebelum ini. Pelajar sesi pagi tidak ada peluang untuk balik awal sepanjang bulan puasa, namun bagi sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam adalah sebaliknya. Mereka boleh pulang seawal jam 5.30 petang bagi negeri di Semenanjung, manakala bagi Sabah, Sawarak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada jam 5 petang.
Ketetapan itu berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2022 [Pengoperasian Sekolah Dalam Bulan Ramadan] yang masih berkuat kuasa.
Pengarah pendidikan negeri dan pengarah bahagian perlu mengingatkan pengetua dan guru besar institusi pendidikan bawah KPM supaya mematuhi surat siaran tersebut.
KPM mempunyai garis panduan persekolahan termasuk bagi sepanjang bulan puasa yang boleh dijadikan rujukan semua pihak. Namun begitu sekiranya ada keperluan khas bagi isu tertentu yang perlu dilakukan, ia akan mendapat makluman dari KPM.
0 Comments