Rumusan Bahasa Melayu SPMBerikut adalah cara menulis rumusan Bahasa Melayu SPM mengikut Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Pengenalan Rumusan

1. Bahan petikan
Petikan berdasarkan bahan sumber mempunyai tidak kurang daripada dua fokus.

2. Jumlah bahan
Bahan rumusan terdiri sekurang-kurangnya 2 bahan tetapi mempunyai tema yang sama.
Contoh :petikan prosa, puisi, grafik

3. Tugasan
Tugasan tidak dinyatakan dalam soalan.

4.Bilangan perkataan
Tidak melebihi 120 patah perkataan

 

Langkah-langkah Penulisan Rumusan

1. Baca soalan
Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan soalan terdapat beberapa kehendak soalan seperti menulis rumusan dan panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

2. Kenal pasti tema dan fokus
Tema :_________________________
Fokus 1 :_______________________
Fokus 2 :_______________________
Fokus 3 :_______________________

3. Menulis rumusan. Terdapat 3 komponen penting
1. Pendahuluan
2. Isi
3. Kesimpulan
*Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung idea.

4. Kira dan tulis patah perkataan
Kira perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan.

 

Teknik @ Strategi Menjawab Rumusan

1. Baca
Baca kedua-dua bahan (Bahan tersebut mempunyai fokus yang berbeza tetapi tema yang sama).

2. Garis
Garis isi penting untuk ditulis dalam bentuk isi tersurat. Fokus :

  • Punca/faktor/sebab
  • Kesan/akibat/implikasi/impak
  • Langkah/usaha/cara/strategi
  • Faedah/kebaikan/kelebihan/kepentingan/keistimewaan
  • Masalah/kekangan/halangan
  • Peranan/tugas/tanggungjawab
  • Ciri-ciri/kriteria/sifat

 

Cara Menulis Rumusan

1. Pendahuluan (2 markah)
Sebaris ayat sahaja. Tulis pendahuluan selepas menulis isi dan kesimpulan (mengelakkan kesilapan menulis fokus).

2. Isi (16 markah)
Isi perlu diambil daripada kedua-dua bahan.

3. Penutup/Kesimpulan (2 markah)
Sebaris ayat sahaja. Merangkumi pendapat, cadangan dan harapan.

4. Kira patah perkataan
Pastikan tidak melebihi 120 patah perkataan.

 

Cara/petua untuk mengesan isi

Pananda
wacana
Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Tambahan pula, Kemudian dll
Langkah-
langkah
Hendaklah, perlulah, haruslah, menggunakan imbuhan meN
Kepentingan/
kebaikan
Dapat, mampu, boleh, berupaya
Kesan Kesannya, akibatnya, menyebabkan, menjadikan, mendatangkan

 

Agihan markah isi

PERINGKAT MARKAH
Pendahuluan 2
Isi (Fokus 1 dan Fokus 2)
-(8 isi X 2 markah)
16
Kesimpulan 2
Jumlah 20

 

LATIHAN 1 (Rumusan)

Bahan 1- Petikan

Baca petikan dan bahan grafik dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional, iaitu merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada masa silam untuk berkongsi keriangan dan kegembiraan.

Permainan tradisional ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan memupuk semangat berpasukan. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Dipetik dan diubah suai daripada  “Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara‟ oleh Samat Buang

 

Bahan 2- Grafik

Rumusan Bahasa Melayu SPM
Sumber :www-permainan-tradisional.html


PENDAHULUAN
Rumusan membincangkan kebaikan dan usaha mempopularkan permainan tradisional.

BAHAN 1(TEKS)
FOKUS 1
Kelebihan/
keistimewaan/
kepentingan
permainan
tradisional
FOKUS 2
Usaha-usaha/cara-cara/langkah-langkah melestarikan permainan tradisional
1. meningkatkan daya kreativiti
2. memupuk semangat berpasukan
3. menarik kedatangan pelancong asing
4. menjana pendapatan negara
1. Pihak sekolah dengan menubuhkan kelab permainan tradisional dalam aktiviti kokurikulum.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperuntukkan seni, warisan dan budaya dalam aktiviti kokurikulum

3. penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat perlu dilakukan melalui media massa.

4. Peranan Jabatan Warisan Negara juga penting dalam usaha memartabatkan permainan tradisional dengan lebih kerap menganjurkan festival, pertandingan dan kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional

 

BAHAN 2(GRAFIK)

FOKUS 1
Kelebihan/
keistimewaan/
kepentingan
permainan
tradisional
FOKUS 2
Usaha-usaha melestarikan permainan tradisional
1. Sebagai hiburan
2. Mengisi masa lapang
3. Warisan budaya
4. Produk Pelancongan
-TIADA-

 

PENUTUP

Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha melestarikan permainan tradisional agar permainan ini dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

RUMUSAN LENGKAP

Rumusan membincangkan kebaikan dan usaha mempopularkan permainan tradisional.

Kebaikan permainan tradisinal ialah ……………………………… dan ……………………………. Selain itu, ……………………………… Di samping itu, ……………………………… Kebaikan seterusnya, ………………………………

Usaha mempopularkan permainan tradisional ialah ……………………………… Selain itu  ……………………………… Akhir sekali ………………………………

Kesimpulannya,……………………………… haruslah ……………………………… agar ………………………………

 

Fokus 1 (Perenggan Ke-2)
Kebaikan permainan tradisional

Fokus 2 (Perenggan Ke-3)
Langkah mempopularkan permainan tradisional

 

*******

Cara menjawab rumusan Bahasa Melayu SPM seperti di atas (bentuk grafik).

Terima kasih kepada guru yang telah menyediakan cara menjawab soalan rumusan Bahasa Melayu ini. Semoga boleh menjadi rujukan terutamanya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Juga sebagai panduan kepada guru-guru.

Lagi penerangan tentang teknik menjawab rumusan Bahasa Melayu SPM yang boleh dijadikan rujukan. Terima kasih!

Previous articleContoh soalan karangan Bahasa Melayu Tingkatan 3 & Cara pemarkahan guru
Next articleContoh karangan cemerlang Bahasa Melayu SPM – Respon bebas

13 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here