
Cikgu pun, apehal kau sepak budak tu! kan dah tak pasal-pasal disiasat polis.
Seorang guru disiasat pihak polis kerana didakwa telah menyepak seorang murid Tahun 3 sehingga mengalami kecederaan. Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Labu Kubong, Teluk Intan.
Siasatan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin setelah menerima laporan daripada ibu mangsa Ahad lalu.
Menurut ibu mangsa, anaknya telah mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar setelah disepak guru berusia 52 tahun itu. Kejadian berlaku ketika berlaku pergaduhan di dalam kelas melibatkan murid Tahun Tiga.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Sebagai seorang guru… Harapnya kes tersebut dapat diselesaikan secara baik. Ya.. cikgu tak sepatutnya bertindak sedemikian, namun kejadian telah berlaku. Mungkin kesilapan guru tanpa disedari dan dah bertindak diluar kawalan. Mungkin ‘mood’nya tak berapa baik pada hari kejadian.
Maafkan cikgu ya ibu! Jangan saman cikgu ya!
Cikgu sepatutnya lebih berhati-hati, mendenda dan merotan murid mengikut kaedah yang sepatutnya, tapi apakan daya… hanya cikgu yang lebih tahu!!
0 Comments