Karangan Bahasa Melayu SPM. Berikut adalah contoh karangan cemerlang Bahasa Melayu SPM.
Pasaran kerja masa ini lebih bersifat dinamik ekoran daripada perubahan pesat dalam pembangunan teknologi terkini dan pelbagai keperluan oleh majikan. Majikan lebih mementingkan karakter pekerja seperti kebolehan memimpin, membuat keputusan, kemahiran komunikasi, tahap integriti yang tinggi dan komited terhadap tugas. Sumber: Internet
Petikan di atas menjelaskan bahawa setiap pekerja hendaklah memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh setiap majikan. Oleh sebab itu, seseorang yang ingin menceburi bidang pekerjaan perlu memastikan kriteria yang diperlukan oleh jabatan atau syarikat perlu bersedia lebih awal.
Huraikan pendapat anda tentang persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan.
Pendahuluan Mudah : 3 ayat
Ayat | Jenis Ayat | Ayat Contoh |
1 | Definisi | Menurut Hal (1976) kerjaya dapat didefinisikan sebagai kerja yang berlaku dalam kehidupan individu manakala menurut Kamus Dewan, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup |
2 | Ayat Isu | Namun demikian, dalam dunia tanpa sempadan hari ini,persaingan untuk mendapatkan pekerjaan menjadi terlalu sempit dan hanya mereka yang mempunyai minat yang mendalam dan usaha yang kental mampu mendapatkan kerjaya yang diimpikan. |
3 | Ayat Tugasan | Persoalannya, apakah persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan? Solusinya akan dibincangkan secara tuntas dalam perbincangan ini. |
10 Ayat Setiap Perenggan Isi
Perenggan Isi Pertama
Ayat | Jenis Ayat | Ayat Contoh |
1 | Ayat Topik | Pada pendapat saya, antara persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan ialah mereka harus bersedia dari segi fizikal dan mental. |
2 | Ayat Huraian 1 |
Hal ini dikatakan demikian kerana dengan persediaan fizikal dan mental yang kukuh mereka akan mampu menghadapi segala tekanan dan bebanan yang akan dihadapi nanti. |
3 | Ayat Huraian 2 |
Bukan itu sahaja, mereka juga akan dapat menghasilkan kerja yang berkualiti. |
4 | Ayat Outcome 1 (Kesan) |
Pada masa yang masa,dengan persediaan dan kekuatan dari segi fizikal dan mental akan menghasilkan pekerja dan masyarakat yang berdaya saing. |
5 | Ayat Outcome 2 |
Hal ini sudah pasti akan melonjakkan ekonomi dan seterusnya memajukan negara kita. |
6 | Ayat Huraian 4 |
Sebaliknya, tanpa persediaan dari segi fizikal dan mental sudah pasti para remaja tidak akan mampu untuk mendepati tekanan dan bebanan yang bakal ditempuhi dalam dunia kerjaya nanti. |
7 | Ayat Contoh | Tamsilannya, bebanan kerja boleh menyebabkan emosi terganggu dan fikiran bercelaru sehingga mengakibatkan penyakit serius seperti tekanan darah tinggi,kemurungan dan sebagainya. |
8 | Ayat Huraian Contoh 1 |
Lantaran itu, mereka tidak akan dapat memberi tumpuan dan mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam pekerjaannya. |
9 | Ayat Peribahasa |
Fenomena ini amat sesuai dengan peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. |
10 | Ayat Penegasan |
Sudah terang lagi besuluh bahawa bersedia dari segi fizikal dan mental merupakan antara persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan. |
Perenggan Isi Kedua
Ayat | Jenis Ayat | Ayat Contoh |
1 | Ayat Topik | Selain itu, persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan yang seterusnya ialah mereka hendaklah mempunyai kemahiran komunikasi. |
2 | Ayat Huraian 1 |
Hal ini bermaksud, melalui kemahiran kamunikasi yang baik mereka akan dapat memberi dan menerima arahan dengan jelas. |
3 | Ayat Huraian 2 |
Di samping itu, mereka juga akan dapat berinteraksi dengan baik. |
4 | Ayat Outcome 1 |
Hal ini menyebabkan mereka mampu menjadi pekerja yang produktif atau pemimpin yang berwibawa. |
5 | Ayat Outcome 2 |
Maka, ini secara tidak langsung mampu menaikkan produktiviti dan meningkatkan ekonomi negara. |
6 | Ayat Huraian 4 |
Berbeza dengan tanpa kemahiran komunikasi yang baik nescaya mereka tidak dapat berinteraksi dengan lancar dan ini akan menjejaskan prestasi kerja. |
7 | Ayat Contoh | Misalnya, petah dan matang berbicara dalam melontarkan idea dan pendapat. |
8 | Ayat Huraian Contoh 2 |
Kesemua ini amatlah penting memandangkan dunia terbuka pada hari ini memerlukan seseorang itu berkebolehan untuk menyatakan hujah yang bernas serta pendapat yang matang bagi memperluas rangkaian klien dan pasaran. |
9 | Ayat Peribahasa |
Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. |
10 | Ayat Penegasan |
Berdasarkan penerangan di atas jelaslah bahawa mempunyai kemahiran komunikasi yang baik merupakan antara pesediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan. |
Penutup
1 | Ayat Cadangan |
Sebelum mata pena diskusi melabuhkan noktahnya, jelaslah bahawa isu persediaan remaja sebelum menceburi bidang pekerjaan perlulah ditangani oleh ibu bapa,pihak sekolah dengan kerjasama remaja itu sendiri. |
2 | Ayat Harapan |
Oleh sebab itu, semua pihak yang bertanggungjawab terutamanya kauselor sekolah hendaklah menganjurkan seminar dan taklimat secara berkala tentang kepentingan membuat pilihan kerjaya dan persediaan sebelum memasuki dunia kerjaya kepada pelajar. |
3 | Ayat Peribahasa |
Kita hendaklah menangani isu ini dengan lebih efektif dan bijaksana sebelum kudis menjadi tokak, sudah terhantuk baru tengadah. |
3 | Ayat Pendapat |
Sekiranya langkah-langkah ini berjaya direalisasikan, saya yakin masa depan remaja akan lebih terjamin. |
Jumlah Perkataan Setiap Perenggan
Pendahuluan – 77 pp
Perenggan Isi 1 – 184 pp
Perenggan Isi 2 – 161 pp
Penutup – 81 pp
Jumlah Keseluruhan – 503 pp
Karangan ini daripada Cikgu Juilis Mokujal, Guru Cemerlang BM SMK Narinang, Kota Belud.
Semoga contoh karangan Bahasa Melayu ini boleh menjadi panduan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).