Panduan lengkap ‘cara buat’ & contoh rumusan Bahasa Melayu SPM


Contoh Rumusan SPM

Contoh rumusan. Soalan rumusan adalah soalan Bahagian C Kertas 2 Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Markah yang diperuntukkan adalah 30 markah. Masa yang perlu diambil oleh calon untuk melengkapkan rumusan adalah 45 minit.

Berikut adalah panduan untuk menjawab soalan rumusan.

Panduan menulis rumusan

Panduan Umum Rumusan
Baca dan teliti semua bahan yang diberikan.
Bahan rumusan terdiri daripada DUA atau TIGA bahan daripada sumber yang berbeza tetapi
mempunyai tema yang SAMA.
Buat analisis bahan. Kenal pasti TEMA dan FOKUS (Tema dan fokus tidak dinyatakan dalam arahan soalan).
Panduan Menyusun Isi Penting
Calon perlu mengemukakan 8 isi penting.
Isi WAJIB diambil daripada SETIAP BAHAN dan merangkumi SEMUA FOKUS.
Jika terdapat penanda wacana (di samping itu/ selain itu / tambahan lagi), kebiasaannya ayat tersebut merupakan isi penting
Untuk menyusun isi penting, gunakan Jadual Bahan
Jadual Bahan
Cara Menggunakan Jadual Bahan
Bilangan kotak adalah bergantung kepada bilangan bahan dan fokus.
Semak setiap kotak. Kotak perlu dilorekkan bagi fokus yang TIADA dalam bahan.
Letakkan bilangan isi yang ingin diambil dalam setiap kotak. Untuk Bahan 2 dan Bahan 3, memadai ambil 1 atau 2 isi sahaja. Baki isi perlu diambil daripada Bahan 1: Petikan.

Kaji soalan dan guna Jadual Bahan

Anda sebagai calon telah meneliti 3 bahan yang diberikan dalam soalan. Tema dan fokus yang anda perolehi adalah seperti berikut;

Tema Rumusan

Contoh-contoh perkataan yang menentukan fokus dalam setiap bahan.

Anda mula membina Jadual Bahan. Jadual bahan yang anda perolehi adalah seperti berikut;

Melalaui jadual bahan, anda telah mempunyai 8 isi yang diambil dari ketiga-tiga bahan meliputi semua fokus. Tanda atau garis setiap fokus dalam setiap bahan. (rujuk penggunaan jadual bahan di atas)

Mula menulis rumusan

Perenggan 1 :Pendahuluan
Pendahuluan SATU ayat sahaja.
Masukkan semua fokus yang terdapat dalam bahan. (iaitu cabaran-cabaran untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dan usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan)
Maka terhasillah pendahuluan anda seperti berikut;

Rumusan membincangkan cabaran-cabaran untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dan usaha-usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.

Untuk isi, rujuk Jadual Bahan:

Fokus. Jadual dibaca dari atas ke bawah, mengikut fokus. Semua isi penting bagi fokus yang sama ditulis dalam satu perenggan.

Isi diasingkan mengikut fokus. 1 fokus = 1 perenggan

Calon digalakkan menggabungkan 2 isi dalam satu ayat. Huraian & contoh tidak perlu ditulis.

Gunakan penanda wacana.

Perenggan 2 :Isi Fokus 1 (Cabaran)
Cabaran-cabaran untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ialah ……………….. dan…………. . Seterusnya,
…………….. .
Terhasillah perenggan ke-2 anda seperti berikut;
Cabaran-cabaran untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ialah masih segelintir rakyat Malaysia yang malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan masih terdapat ahli masyarakat yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain itu, terdapat banyak kesalahan bahasa pada papan iklan.
Perenggan 3 :Isi Fokus 2 (Usaha)
Usaha-usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ialah ……………….. dan …………….. . Di samping itu, ……………………. dan ………………. . Seterusnya, ………………..
Terhasillah perenggan ke-3 anda seperti berikut;
Usaha-usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ialah pelbagai pihak perlu mengadakan aktiviti bahasa Melayu yang menarik dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan Unit Khas Pelaksanaan Bahasa. Di samping itu, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai bentuk kempen kesedaran dan Pihak Berkuasa Tempatan menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu yang betul pada papan iklan. Seterusnya, melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Jika ada fokus 3, tambah satu perenggan lagi.

Perenggan 4 @ 5 :Kesimpulan
Kesimpulan SATU ayat sahaja.
TEMA mesti dimasukkan pada bahagian kesimpulan. Tidak perlu memasukkan ORANG atau PIHAK pada bahagian cadangan.
Penutup Rumusan SPM
Terhasillah perenggan kesimpulan anda seperti berikut;
Kesimpulannya, bahasa kebangsaan perlulah dimartabatkan agar kedudukannya terus terpelihara.

Kira dan tulis patah perkataan pada akhir rumusan (sebelah kanan).

Contoh Rumusan Lengkap
Rumusan membincangkan cabaran-cabaran untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dan usaha-usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.

Cabaran-cabaran untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ialah masih segelintir rakyat Malaysia yang malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan masih terdapat ahli masyarakat yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain itu, terdapat banyak kesalahan bahasa pada papan iklan.

Usaha-usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ialah pelbagai pihak perlu mengadakan aktiviti bahasa Melayu yang menarik dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkan Unit Khas Pelaksanaan Bahasa. Di samping itu, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai bentuk kempen kesedaran dan Pihak Berkuasa Tempatan menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu yang betul pada papan iklan. Seterusnya, melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Kesimpulannya, bahasa kebangsaan perlulah dimartabatkan agar kedudukannya terus terpelihara.


(99 patah perkataan)

Panduan Mengira Perkataan

Berikut adalah panduan untuk anda mengira jumlah perkataan yang telah anda tulis.

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

  • kata nama khas ( SMK Pulau Indah)
  • kata ganda (murid-murid)
  • tarikh (20 Disember 2023)
  • angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan (20, dua puluh)
  • gelaran (Profesor Datuk Dr. Siva Subramaniam)
  • penanda wacana (Selain itu, Di samping itu)

Kata sendi nama ‘di & ke’ tidak dikira.

Pastikan jumlah rumusan anda tidak melebihi 120 patah perkataan.

Contoh rumusan hasil usaha Cikgu Ayu, terima kasih cikgu! diserasikan Cikgunet. Semoga bermanfaat.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

Unuseful Unuseful
0
Unuseful
Useful Useful
0
Useful

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *