Berikut adalah contoh soalan karangan Bahasa Melayu Tingkatan 3 serta cara pemarkahan yang boleh dipraktikkan oleh guru semasa membuat semakan.
BAHAGIAN A
[Masa yang dicadangkan 15 minit]
[10 markah]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti riadah berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda tidak melebihi 100 patah perkataan.
AKTIVITI RIADAH
BAHAGIAN B
(Masa yang dicadangkan 45 minit)
[30 markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.
1. Pada hari ini, ramai murid kurang berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah.
Jelaskan kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.
2. Amalan bergotong-royong telah mula dilupakan oleh generasi muda pada masa ini. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil agar generasi muda dapat meneruskan amalan ini.
3. Rakan anda dan keluarganya telah diuji dengan musibah ribut taufan yang melanda negaranya.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Cara Pemarkahan
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
Cemerlang | 08-10 | Idea – Idea relevan dengan tugasan – Huraian idea jelas,menarik dan matang – Contoh yang sesuaiBahasa -Ayat gramatis. -Kosa kata luas dan tepat -Ejaan dan tanda baca betul -Penanda wacana yang betul -Kesalahan bahasa yang minimum. |
Baik | 04-07 | Idea – Idea relevan dengan tugasan – Huraian idea jelas dan menarik – Contoh yang sesuaiBahasa – Ayat masih gramatis. – Kosa kata luas – Ejaan dan tanda baca masih betul – Penanda wacana yang masih betul – Kesalahan bahasa yang masih minimum. |
Penguasaan Minimum |
01-03 | Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. |
Contoh Jawapan
Kepentingan mempelajari seni pertahanan diri.
Isi 1 – Pertahankan diri dari dibuli
- Mengelak diri dari dibuli oleh pmbuli
- Mengelak diri dari dilukai oleh penjahat
- Menjaga keselamatan diri seperti diperkosa, dirogol dan dbunuh.
Isi 2 – Menjaga keselamatan orang tersayang
- Menjaga dan mengawal keselamatan orang yang tersayang
- Menolong orang yang dalam kesusahan
Isi 3 – Menyemai semangat keberanian dan mewarisi seni pertahanan diri
- Untuk mewarisi seni pertahanan diri dari turun temurun
- Seni pertahanan diri melambangkan kewiraan orang yang terdahulu
BAHAGIAN B ( 40 MARKAH)
Langkah-langkah memeriksa
1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali untuk mendapatkan ‘impression’. Perkara yang perlu diperhatikan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.
2. Baca karangan sekali lagi untuk pertimbangan muktamad. Sambil membaca, tandakan kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan, isi atau fakta seperti yang berikut :
kesalahan bahasa, perkataan dan frasa
/         kesalahan ejaan
//Â Â Â Â Â Â Â Â Â kesalahan ejaan berulang
O          kesalahan tanda baca
(Â Â Â Â )Â Â Â Â Â Â kesalahan isi /Â fakta
3. Tiada penolakan markah ejaan (penandaan kesalahan sebagai panduan peringkat(markah)
PERINGKAT | MARKAH |
Cemerlang | 25 – 30 |
Kepujian | 19 – 24 |
Baik | 13 – 18 |
Memuaskan | 07 – 12 |
Penguasaan Minimum | 01 – 06 |
Kriteria Menilai Kemahiran Menulis
KRITERIA | DESKRIPSI |
Bahasa | – Kegramatisan   : Kata (Morfologi) : Ayat (Sintaksis) – Ejaan dan tanda baca – Kosa kata |
Idea | – Isi-isi – Huraian isi – Contoh |
Pengolahan | – Pengolahan – Pemerengganan – Format – Unsur keindahan bahasa/ ungkapan menarik |
Kriteria Penskoran
PERINGKAT | MARKAH | DESKRIPSI |
Cemerlang | 25 – 30 | IDEA – Idea relevan dengan tugasan – Huraian idea jelas,menarik dan matang – Contoh yang sesuaiBAHASA – Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis – Penggunaan kosa kata luas dan tepat – Kesalahan bahasa minimum PENGOLAHAN |
Kepujian | 19 – 24 | IDEA – Idea relevan dengan tugasan – Huraian idea jelas dan menarik – Contoh yang sesuaiBAHASA – Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis – Penggunaan kosa kata luas – Ejaan dan tanda baca yang betul – Kesalahan bahasa minimumPENGOLAHAN – Pengolahan menarik, dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai – Format menepati kehendak tugasan – Penggunaan penanda wacana sesuai – Penggunaan ungkapan menarik sesuai dan berkesan seperti peribahasa/pantun/cogan kata/frasa yang menarik. |
Baik | 13 – 18 | IDEA – Idea masih relevan dengan tugasan – Huraian idea masih jelas dan masih menarik – Contoh yang masih sesuaiBAHASA – Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis – Penggunaan kosa kata masih luas – Ejaan dan tanda baca masih betul – Kesalahan bahasa masih minimumPENGOLAHAN – Pengolahan masih menarik, dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai – Format masih menepati kehendak tugasan Penggunaan penanda wacana masih sesuai |
Memuaskan | 07 – 12 | IDEA – Idea kurang relevan dengan tugasan – Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik – Tiada contoh atau contoh kurang sesuaiBAHASA – Penggunaan ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis – Penggunaan kosa kata terhad – Kesalahan bahasa ketaraPENGOLAHAN – Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan pemerengganan yang kurang sesuai – Format kurang menepati kehendak tugasan – Penggunaan penanda wacana kurang sesuai |
Penguasaan minimum |
01 – 06 | – Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah. – Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan/terpesong. |
Contoh Jawapan
Cara-cara menyemai sangat kejiranan.
Isi 1 – Bertegur sapa sesama jiran
- Berkenalan denganjiran baru
- Mengunjungi jiran/ melawat jiran / menziarah jiran
- Memberikan senyuman sekiranya bertemu / bermanis muka
Isi 2 – Aktiviti kekeluargaan
- Mengadakan Hari Keluarga sepertiberkelah, berkhemah,melancong
- Mengadakan jamuan
- Mengadakan aktiviti sukaneka
Isi 3 – Gotong-royong
- Mengadakan aktiviti membersikan Kawasan prumahan
- Mengadakan pertandingan kecantikan rumah
- Bersama-sama menjaga kebersihan,keselamatan jiran sewaktu ketiadaan jiran.
Isi 4 – Sambutan Hari Kebesaran seperti Hari Mauludurasul
- Mengadakan pertandingan
- Pertandingan memasak Assyura
Isi 5 – Mewujudkan Group social seperti Group Whatsapp, Telegram
- Mengetahui apa yang berlaku disekitar Kawasan perumahan
- Memberitahu apa yang berlaku di sekitar perumahan
#Isi yang bersesuaian diterima.
Format soalan karangan Bahasa Melayu PT3 ini adalah berdasarkan kepada format terkini soalan dan permarkahan guru mengikut ketetapan KSSM.