Buku teks Sejarah Tingkatan 5 Sekolah Menengah ini diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Buku ini mengandungi 10 bab berdasarkan tema Malaysia dan Masa Hadapan yang terbahagi kepada empat tajuk utama.
Tajuk pertama, Pengukuhan Kedaulatan Negara dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu Konsep Kedaulatan Negara, Perlembagaan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen serta Sistem Persekutuan.
Tajuk kedua, Pembentukan Malaysia yang mengandungi 2 bahagian, iaitu Gagasan Pembentukan Malaysia dan Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia.