Permohonan UPU Online Sesi 2025 / 2026


UPU Online

UPU Online adalah sistem yang menyelaras kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Sistem Kementerian Pendidikan Tinggi ini diselenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Permohonan UPU merangkumi 20 Universiti Awam (UA), 3 Politeknik Premier, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Matrikulasi KPM, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Proses kemasukkan pelajar adalah berdasarkan kepada prinsip meritokrasi dimana 90 peratus ditentukan melalui markah akademik dan 10 peratus berdasarkan kepada pecapaian kokurikulum setiap pelajar.

Namun begitu laluan khas untuk kumpulan tertentu juga disediakan seperti Orang Asli, B40, atlet dan juga Orang Kelainan Upaya (OKU). Mereka terkecuali daripada persaingan kelompok arus perdana namun masih tertakluk kepada syarat kemasukkan yang ditetapkan serta kekosongan tempat.

Syarat Kemasukan

SPMSTPM / Setaraf
Syarat KemasukanSyarat Kemasukan

Pendaftaran UPU Online

Proses Permohonan
1. Pembelian Pin BSN (Nombor Unik ID UPU Online)
2. Memulakan Permohonan
3. Dashboard UPUOnline
4. Syarat Kelayakan
5. Pemilihan Program
6. Pengesahan dan Bayaran
7. Cetak Slip Permohonan

Setelah mengetahui kelayakan masuk, setiap calon perlu mendaftar dan log masuk Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar UPU Online

Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar
Daftar @ Log Masuk

Sebelum mendaftar atau log masuk setiap calon telah mempunyai Nombor Unik ID yang telah dibeli melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Berikut adalah tarikh-tarikh yang perlu diberi perhatian

UPU Online Lepasan SPM

ProsesTarikh
Tempoh Pembelian No Unik ID di BSN9 Februari 202515 Mei 2025
Tempoh Permohonan FASA 110 Februari 202514 Mac 2025
Pilihan 1-2 Program Pengajian Pendidikan
Pilihan 1-4 Program Pengajian Bukan Pendidikan
Tempoh Permohonan FASA 214 April 202516 Mei 2025
Pada Fasa Permohonan kedua, tiada lagi pilihan Program Pengajian bertemu duga dan/atau ujian
Temu Duga / UjianApril 2025Mei 2025

UPU Online Lepasan STPM / Setaraf

ProsesTarikh
Tempoh Pembelian No Unik ID di BSN9 Februari 202515 Mei 2025
Tempoh Permohonan FASA 110 Februari 202514 Mac 2025
Pilihan 1-2 Program Pengajian Pendidikan
Pilihan 1-4 Program Pengajian Bukan Pendidikan
Tempoh Permohonan FASA 214 April 202516 Mei 2025
Pada Fasa Permohonan kedua, tiada lagi pilihan Program Pengajian bertemu duga dan/atau ujian
Temu Duga / UjianApril 2025Ogos 2025

UPU Online akan sentiasa memudahkan anda membuat permohonan meneruskan pengajian!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

Unuseful Unuseful
0
Unuseful
Useful Useful
0
Useful

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *