Senarai penanda wacana pilihan


Penanda Wacana Karangan

Penanda wacana adalah penghubung, sama ada menggunakan perkataan, frasa atau ayat. Penanda wacana akan menghubungkan idea, hujah atau pandangan agar dapat membantu pembaca atau pendengar memahami maksud dan struktur ayat atau ucapan.

Ia akan membantu penulis atau seseorang yang bercakap menyusun ayat atau perenggan menjadi lebih teratur dan mempunyai kesinambungan tentang apa yang diutarakan.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat menitikberatkan penggunaan penanda wacana sama ada dalam ujian bertutur dan juga menulis. Namun dalam penulisan yang seharusnya diberi perhatian lebih kerana ujian penulisan lebih banyak pemarkahannya.

Berikut antara beberapa contoh penanda wacana yang boleh digunakan semasa menulis karangan.

Senarai penanda wacana

Penanda wacana memulakan karangan dalam pendahuluan
-Pada era globalisasi ini,
-Dalam meniti arus kemodenan ini,
-Pada zaman pascakemerdekaan ini,
-Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
-Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
-Pada era modenisasi ini,
-Kini,
-Dewasa ini,
-Dasawarsa ini,
-Sejak sedekad yang lalu,
-Kebelakangan ini,
-Akhir-akhir ini,
-Baru-baru ini,
-Sejak dahulu lagi,
-Jika diperhatikan pada era globalisasi yang kian mencabar ini..
-Dalam meniti arus kemodenan yang tiada penghujung ini,
-Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini
tentang isu …
-Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah….
-Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2025.
-Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
-Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan
negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acap kali tersentak oleh
pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri terutamanya… (fokus kepada
soalan)
-Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini..
-Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan … (fokus kepada soalan)
Penanda Wacana untuk Ayat Terakhir Pendahuluan Karangan (Ayat Arah)
-Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan
terperinci demi kebaikan bersama.
-Sebagai memperkukuh lagi penyataan tersebut, punca-punca / faktor-faktor / kesan-kesan / kebaikan
/ keburukan yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
-Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera
untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
-Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang
menyatakan …
-Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik
harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Penanda Wacana untuk Menyatakan Statistik
-Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
-Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
-Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian …… pada tahun …… menunjukkan
bahawa sebanyak ……
Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup / kesimpulan
-Kesimpulannya,
-Intihannya,
-Secara tuntas,
-Tuntasnya,
-Konklusinya,
-Sebagai penutup wacana,
-Sebagai penghiasa bicara,
-Sebelum mengakhiri wacana ini,
-Secara keseluruhan,
-Akhir kata,
-Akhirulkalam, / Akhir kalam,
-Sebelum menggulung segala yang telah diperkatakan di atas,
-Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, perkara
ini akan …
-Demi merealisasikan matlamat (fokus kepada tajuk), marilah kita bersama-sama…
-Akhir kata, sebelum mata pena diskusi melabuhkan noktahnya, wajar ditegaskan bahawa …
-Jika mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya, maka sebagai menggulung
bicara ini, jelaslah bahawa…
-Percayalah, tiada simpul yang tidak dapat dirungkai, tiada penyakit yang tiada penawar dan tiada
masalah yang tidak dapat dileraikan…

Penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat boleh menjadikan penulisan karangan lebih menarik. Ingat! jangan menggunakan penanda wacana yang sama dalam setiap perenggan kerana pasti membosankan.

Semoga bermanfaat. Berikut salah satu contoh karangan bahasa Melayu dengan penggunaan penanda wacana yang betul.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

Unuseful Unuseful
0
Unuseful
Useful Useful
2
Useful

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *